Archive for July 2012

Tu Berus Gigi Gua Ke?

2 Comments »


Memang macam biasalah kalau balik kampung mesti gua bawak sendiri berus gigi gua. Ye la, tak kan nak pinjam orang lain punya. Nak beli banyak pulak duit kau.

Nak dijadikan cerita time gua balik kampung tak lama dulu. Gua memang dah prepare nak mandi dah ni. Dengan sebatang berus gigi sambil memakai tuala, gua menggagahkan langkah gua ke bilik mandi. Gua letak dulu gua punya berus gigi kat bekas tu.

Lepas tu gua pergi buang gua punya stuff dulu. Dah berapa lama perut gua ada Tsunami. Ceplok ceplok bunyi dia bak kata brader GP .

Dah setel gua dengan hal stuff gua, gua terus capai berus gigi. Memang dah tak pikir apa la, mamai time tu. Gua angkut berus gigi "gua", picit ubat gigi, dah buat aktiviti biasa.

Tengah gua enjoy gosok gigi tu sambil nyanyi lagu "Malam Pesta Muda Mudi" gua perasan ada lagi satu berus sama macam gua. Ah sudah. gua pakai gua punya ke makcik gua punya? "Bugima" Gua bermonolog dalaman.

Terus gua cedok air pastu kumur-kumur. Gua pon letak balik berus gigi tu kat tempat dia dan sambung mandi. Gua pikir, "takper kat dalam rumah ni takde sapa makan babi kan". Gua pon memang tak amik balik da berus gigi gua tu.

Tobat gua tak nak letak kat dalam bekas tu da. Shyt.



P/S: Dammnnn. Bersepah gua cerita.

Rant I: Ciri - Ciri Blog Tak Best

Read more » | 5 Comments »


Semenjak dua menjak ni gua dah makin aktif mencari maklumat-maklumat penting dari blog ke blog. Dalam gua usha-usha tu, banyak dah gua encounter blog-blog yang buat gua baran. Antara penyebab baran gua ....

Kasi Gua Tido, Please?

Read more » | No Comments »


Jam menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari. Waktu-waktu macam ni memang kritikal untuk gua tidur. Ditambah pula dengan ceritera cikgu chemistry gua yang umpama bedtime story, ia menjadi pemangkin kepada rasa mengantuk gua.

Program Latihan Khidmat Negara 2013

No Comments »

Bermula dari beberapa hari ni, setiap rakyat Malaysia yang lahir pada tahun 1995 boleh menyemak status pemilihan pelatih bagi Program Latihan Khidmat Negara siri 10/2013.

Gua rasa mesti ramai member-member batch gua yang dapat tengah meroyan ni. Ada yang bising cakap nak kerja, ada yang tak nak berpisah dengan mak, tidak lupa juga ada yang bapak nye pulak menangis ingin berpisah dengan anak.

Bagi yang tidak terpilih tu jangan nak suka sangat, Allah bagi peluang terlepas.

Bagi yang tak tau lagi kau boleh semak status kau kat sini. GO SINI!

Ini pulak status PLKN gua. Bukan nak bongkak la. Tapi amik kau kepala bana!


Hahahahahahaha! Kan gua da cakap, gua ni escape artist. Dari escape kelas sampai escape PLKN gua expert.

Kisahku Di Asrama I: Wake Up Call

Read more » | 2 Comments »

Selamat berpuasa

Read more » | 2 Comments »


Tanggal 1 Ramadhan merupakan tarikh yang cukup bermakna buat seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Hari pertama Ramadhan merupakan bermulanya hari yang mewajibkan seluruh umat Islam untuk berpuasa dari terbit fajar sidiq sehingga terbenamnya matahari selama satu bulan.

Bernyawa Semula?

Read more » | No Comments »