Kisah dia hari tu aku baru balik dari kolej. Pekena naik teksi berdua je dengan member aku, Ipan. Plannya bertiga, tapi yang lagi sorang tak jadi pula. Aku dah nampak tanda-tanda wallet aku bleeding. Teksi pula yang ada bukan jenis biasa-biasa. Jenis tak reti nak pakai meter lepas tu mark up harga macam gampang. Apa dia nampak student ni dapat duit macam gaji menteri ke apa? Itu baru teksi punya hal. Tambah pula dengan ERL, LRT dan teksi lagi sekali, mana tak student MARA mengadu duit tak cukup.
Turun je dari stesen LRT Bukit Jalil aku terus tuju ke teksi. Teksi lagi. Jahanam betul. Tapi yang kurang jahanamnya teksi dekat Bukit Jalil ni, diorang masih mengekalkan tradisi sebagai seorang pemandu teksi, iaitu menggunakan meter. Aku dah kira-kira adalah dalam RM 6 dengan standard deviation singgit untuk perjalanan aku dari stesen tu ke rumah aku.
Check-check wallet aku rasa macam kilat menyambar jiwa nurani aku. Memang sah aku tak cukup duit nak bayar teksi. Check pula compartment duit syilling, nasib baik ada. Ngam-ngam RM 6 nak bayar teksi. Kalau tak cukup memang jahanam aku.
Bila start je jalan dah mula jam. Aku tensen, pejadahnya jam kat sini? Biasanya tak jam, walaupun tu waktu-waktu orang balik kerja. Apa orang Bukit Jalil dah makin banyak pakai kereta ke macam mana? Dia punya bawa macam siput sampai ke depan IMU. Kat situ ada sebiji traffic light yang aku rasa sangat bangang. Dengan alasan dipasang sebab takut eksiden langgar student. Apa kebangang student dah besar panjang macam tu tak reti nak melintas elok-elok ke? Wal hal kurang 100 meter dari traffic light tu memang ada satu lagi traffic light. Lagi bodoh sebab jalan tu satu lane je.
Bila aku tengok benda bodoh ni di-implement-kan, situasi dia sama macam rules bodoh yang kolej sini dah start pakai. Dengan 5S yang sangat tak munasabah. Lebih kepada munasampah adalah aku tengok. Duit banyak dibazirkan dan aku tak nampak apa benefitnya buat natang tu. Lebih kepada menyusahkan orang dan aku tak rasa benda tu perlu.
Si admin kat sini kita boleh relate kan dengan JKR yang bingai boleh come out dengan idea bernas nak buat benda-benda bodoh tu. Apa diorang fikir masa nak laksanakan benda ni? Ke main flappy bird ramai-ramai dalam meeting room? Apa celaka sungguh ideanya.
In the end aku tak cukup duit nak bayar teksi tu. Jilaka betul. Traffic light buat habis duit aku. Jahanam!