Archive for February 2013

Dreamland Terfaktab

4 Comments »



Khamis, 14 February, 2013 - Somewhere around the corner.

Jam 0900

Tanpa sepatah kata, dia menghirup secawan kopi berjenama Indocafe yang sudah mula menyejuk akibat lama dibiarkan selepas dibancuhnya 17 minit yang lepas. Mengukir senyuman selepas membaca entri-entri blog yang diikutinya. Kemudian beralih pula ke laman Twitter dan Facebook untuk mengikuti perkembangan semasa rakan-rakan sekolah yang sudah dia tinggalkan beberapa bulan yang lepas. Tapi apa yang dia jumpa hanyalah tahi-tahi Twitter yang rata-ratanya masih bersekolah ada juga sebahagian daripada mereka sudah menjejakkan kaki ke menara gading yang hanya membuat ulasan berbentuk anak panah yang pada statistiknya menimbulkan rasa kejengkelan terhadap pengguna Twitter sejagat. Namun tidak dihiraunya beliau.

Dia kemudian termanggu memikirkan masa depannya. Apa yang bakal berlaku dengan keputusan periksanya? Apa yang akan dibuat pada masa hadapan? Beribu persoalan bermain di mindanya. Terhenti lamunan akibat dendangan lagu Kisah Aku, Dia dan Lagu nyanyian  Wann yang pada asalnya nyanyian Saloma. Dengan rasa pelik menyebungi dia bermolog, "Lagu sebegini sesuai pada waktu malam," seraya membuka aplikasi Winamp yang pada ketika itu berhenti pada lagu Mardy Bum daripada Arctic Monkeys.

Selesai menyanyikan lagu tersebut dengan slang British yang agak berterabur dia membuka pelantar Steam untuk memulakan permainan yang dia baru berjinak-jinak semenjak bulan 8 tahun lalu iaitu Dota 2. Berbekalkan skill yang kurang tajam beliau memilih Keeper of The Light sebagai hero pada hari itu. Walaupun tidak pernah menggunakan hero tersebut dan role yang dia sering jalankan ialah semi-carry dan ganker dia tidak peduli. Perjalan permainan pada hari tersebut agak menarik, dengan kerjasama daripada ahli pasukan yang lain telah berjaya menembus masuk ke dalam penggalan musuh lalu menghancurkan Ancient mereka. Kemenangan tercapai.

Pada hari tersebut rakan karibnya akan bertolak ke kem PLKN. Ia akan menjadi hari-hari yang sunyi tanpa beliau. 
 
Noharom lapar lak. Esok lusa sambung balik la entri macam ni. Adios.