Archive for 2014

Traffic Light Sama Bodoh Dengan Rules

1 Comment »


Kisah dia hari tu aku baru balik dari kolej. Pekena naik teksi berdua je dengan member aku, Ipan. Plannya bertiga, tapi yang lagi sorang tak jadi pula. Aku dah nampak tanda-tanda wallet aku bleeding. Teksi pula yang ada bukan jenis biasa-biasa. Jenis tak reti nak pakai meter lepas tu mark up harga macam gampang. Apa dia nampak student ni dapat duit macam gaji menteri ke apa? Itu baru teksi punya hal. Tambah pula dengan ERL, LRT dan teksi lagi sekali, mana tak student MARA mengadu duit tak cukup.

Turun je dari stesen LRT Bukit Jalil aku terus tuju ke teksi. Teksi lagi. Jahanam betul. Tapi yang kurang jahanamnya teksi dekat Bukit Jalil ni, diorang masih mengekalkan tradisi sebagai seorang pemandu teksi, iaitu menggunakan meter. Aku dah kira-kira adalah dalam RM 6 dengan standard deviation singgit untuk perjalanan aku dari stesen tu ke rumah aku. 

Check-check wallet aku rasa macam kilat menyambar jiwa nurani aku. Memang sah aku tak cukup duit nak bayar teksi. Check pula compartment duit syilling, nasib baik ada. Ngam-ngam RM 6 nak bayar teksi. Kalau tak cukup memang jahanam aku.

Bila start je jalan dah mula jam. Aku tensen, pejadahnya jam kat sini? Biasanya tak jam, walaupun tu waktu-waktu orang balik kerja. Apa orang Bukit Jalil dah makin banyak pakai kereta ke macam mana? Dia punya bawa macam siput sampai ke depan IMU. Kat situ ada sebiji traffic light yang aku rasa sangat bangang. Dengan alasan dipasang sebab takut eksiden langgar student. Apa kebangang student dah besar panjang macam tu tak reti nak melintas elok-elok ke? Wal hal kurang 100 meter dari traffic light tu memang ada satu lagi traffic light. Lagi bodoh sebab jalan tu satu lane je.

Bila aku tengok benda bodoh ni di-implement-kan, situasi dia sama macam rules bodoh yang kolej sini dah start pakai. Dengan 5S yang sangat tak munasabah. Lebih kepada munasampah adalah aku tengok. Duit banyak dibazirkan dan aku tak nampak apa benefitnya buat natang tu. Lebih kepada menyusahkan orang dan aku tak rasa benda tu perlu. 

Si admin kat sini kita boleh relate kan dengan JKR yang bingai boleh come out dengan idea bernas nak buat benda-benda bodoh tu. Apa diorang fikir masa nak laksanakan benda ni? Ke main flappy bird ramai-ramai dalam meeting room? Apa celaka sungguh ideanya.

In the end aku tak cukup duit nak bayar teksi tu. Jilaka betul. Traffic light buat habis duit aku. Jahanam!

Hambaruddin

No Comments »



Hari ini paling hambar.
Banyak-banyak hari lu duduk sini,
harini hambar lebih.

Malam sebelumnya pengumuman,
sambutan Merdeka Raya baju formal.
Hambar.

Tadi duduk kelas belajar semua dah macam apa.
Aku tengok orang, orang tengok aku.
Hambar.

Tiba-tiba pengumuman, tukar baju melayu.
Kau ingat aku nak tukar.
Kemudian kata tak wajib pula.
Hambar.

Habis kelas pergi makan.
Patutnya year 1 makan pukul 1.30.
Jadah join sekali. Siap pakai baju CAS.
Hambar.

Habis makan semua blah. Aku blah. Rumet blah.
Mana sambutannya pun aku tak tahu.
Mungkin patut ubah jadi "makan-makan ada satey"
Mungkin sambutan tu hanya untuk wakil Mara yang datang.
Hambar.

Pukul 2 katanya ada perjumpaan dengan bahagian penganjuran Mara.
Tiba-tiba je.
Aku gerak dewan, majlis belum habis.
Aku gerak kelas, majlis belum habis juga.
Hambar.

Tiba-tiba tunda hari.
Lepas tu tukar balik. Kata ada.
Aku pergi surau. Benda tu dekat surau lak.
Hambar.

Duduk surau beberapa ketika.
Teacher cakap dia tak dapat datang.
Seronok ke? Marah ke? Ntah.
2 jam bazir menunggu. Fikir sendiri.
Balik bilik aku buka laptop.
Hambar.

Buat kerja lepas tu tidur.
Rasa bodoh. Fikir kejap pasal masa depan.
Bangun-bangun pergi makan.
Lauk pun hambar. Makcik ds pun hambar.
Rasanya dia masak dengan perasaan hambar,
sehingga partikel hambar meresap.
Semua makan tanpa perasaan. Yang rasa cuma,
Hambar

Aku fikirkan "dia" pun rasa hambar sekarang ni.
"Dia" nampak aku mesti hambar.

"Dah tu menulis ni buat apa kalau rasa hambar?"
Monolog aku.
Aku pun tak tahu.
Menulis jangan dipaksa.
Aku bosan menulis, kau pun bosan membaca.



Kisah Kerek-Kerek Punya Hal

No Comments »



Dingin malam itu. Tadi tidak sedingin hatimu.  Gua bukan nak buat novel untuk TV3. Natang.

Malam tu lepas setel makan supper, member gua buka cerita yang bilik TV block A ada cerita Abang Long Fadhil. Macam mana boleh ada pun gua tak tahu. Member gua pun tak tahu. Kutu-kutu lain juga begitu, turut tidak tahu. Mula gua macam malas nak gerak. Lepas gua tengok ramai kutu-kutu lain gerak, gua pun ikut sama layan. Tengok ramai-ramai macam Friday Night Premier. Siap dengan keropok bagai.

Tengah sedap layan nak dekat ending dah wardern block A mai. Mai-mai dia buka lampu. Gua usha dia. Dia usha semua. Semua usha dia balik. Jilaka. Macam kena tangkap stim gam. Gua pun buat bodoh sambung tengok. Nak dekat habis kot. Dia pun start membebel tanya sapa yang beli, pasal rokok, pasal ceroboh, pasal Najib bagai. Bugima interrogation polis pun tak macam ni. Dia ingat gua kaunter pertanyaan? 

Gua buat bodoh lagi. Semua pun buat bodoh tengok cerita. Dia bengang. Dia suruh kutu-kutu semua tulis nama sebab ceroboh block A. Katanya nak bagi nama apa lansau la. Macam yang dia selalu buat. Tapi haram gua tak nampak apa-apa yang berlaku pun sehingga kini.

Block A tu sebenarnya tengah kosong. Senior baru blah. Junior belum masuk. So masa transisi antara mereka membuatkan block tu kosong. Macam jiwa gua. Kosong. Bak roti canai yang budak-budak skin selalu makan kongsi lima orang sebab sengkek. Baru nampak dia punya true "working class" punya imej. Sengkek memanjang. 

Berbalik kepada cerita, dia pun dah panas pasal semua buat bodoh kat dia. Lepas tu bising, "Masing-masing kerek ye." Gua pandang dia. Dehell mang cerita dah nak ending. Mamat tu tengah lawan Kimak Kimar kot. Memang semua konsentret. Kalau lu datang masa awal gua boleh layan lu lagi. Lepas tu dia suruh semua blah. Gua cuba nego dengan dia. Tapi mungkin sebab dah buat muka kerek dekat dia, dia tak nak layan. Bugima. Kami sekutu-kutu pun blah la dengan hati yang lara sebab tak dapat tengok sampai ending yang betul-betul true. Fak. 



Nota Kaki: Ini cerita ada la dalam sebulan dua lepas. Tapi gua malas taip. Sama macam gua malas taip assignment. Tapi grup PB gua macam seronok lak baca. Tu gua taip. 

Cuti Kepala Bana

Read more » | No Comments »

brain explode (read: heart)


Gua ada habit untuk update blog hanya pada cuti-cuti penting seperti ini. So bear with me.

Screaming Bloody Murder: Real Edisyun!

Read more » | No Comments »


Haritu gua pergi Mid Valley. Gua pergi dengan membawa sekeping hati yang lara sebab kutu-kutu semua tak mau join. Yang separuh lagi ada class. Itu gua faham la masalah peribadi. Sambil tu gua terlihat ada makwe korek hidung macam Gurren Lagann punya drill. Bugima tak tipu.

Krisis Air Umpama Crysis Warhead

Read more » | No Comments »


Sekarang ni dah masuk minggu kedua gua stay dekat rumah. Alkisahnya begini, area-area dekat Banting ni kena pencemaran ammonia bagai la dalam air. Bak kata sokabar la. Kalau sokabar tipu gua pun autometik tipu sunat. Dalam bahasa saintifiknya air takda la dekat KMB ni.