Naib Johan Hoki MSSWP



Assalamualaikum geng!

Pekabo sume? Lama la siak gua tak update blog gua ni. Sumpah dah bersawang. Gua rasa followers ngan readers blog ni mesti ramai da cabut. Dem. Padan muka gua. Orang sebuk nak buat blog gua nak buat. Orang lain leh menten update, gua terkedek-kedek nak carik idea. Fark, bak kata member gua yang kene simbah dengan air oleh cikgu BI gua yang hot.

Story gua malam minggu ni sebenarnye bukan pasal cikgu BI gua yang hot tu. Yang tu karangan lain kali punye lak. Gua nak story-mory pasal tournament hoki lak kali ni.

Beberapa minggu lepas, bersamaan 2 haribulan April, gua ngan teamate hoki sekolah gua telah dihantar stadium hoki bangsar, ala yang dekat ngan UM tu la ngok. We all gi sane untuk join tournament hoki MSSWP zon bangsar.

Masa pusingan pertama tournament kiteorang takde kalah lagi. Walaupun team sekolah gua ni baru first time join tournament ni. Mula lah rase bongkak terbentuk di hati gua, lalu gua pon membuat keputusan untuk belagak kat dalam game online. Wakakaka. Shilake je perangai gua.

Pusingan kedua lak team gua dapat same grouping dengan MTD(maktab tentera). Gua da bermonolog dalaman "faking shit, nak kene lawan juara bertahan, demit". Tapi gua still pikir positip, depa tu manusia ja. Haha. Second grouping ni team gua menang 2 games, 1 seri ngan MTD. Dem. nasib lepas masuk semi-final.

Time semi final ni gua eksited lebih sikit. Pasal pe? Pasal ramai awek ade kot. Vugimarks. Awek2 punye semi final pon hari yang sama kot. Dah lah masa dalam bas lagi gua dah kene sapa ngan awek dari tuition gua. Dia naik bas lain nak pegi UM lawan bola jaring lak. Masa kat stadium tu gua asyik usha sorang awek ni. Dari sekolah sungai besi. Pakai number 18. Gua pakai number 14. Gua ingat lagi, jersey awek number 18 tu kale purple, kasut new balance, stokin kaler itam bintik purple gak. Da la comel. Uish geram gua.

Semi-final tu team gua lawan dengan sekolah Vivekananda. Kiteorang menang dan melayakkan diri ke pusingan akhir menentang MTD keesokan harinya. Fark lagi skali.

Match team gua ngan MTD start lambat, dalam kol 1+. Pantek, tengah hari bute baru nak start game. Mak gua cakap time ni setan banyak jangan main kat luar. Sambil menunggu tu gua macam biasalah, mengusha awek number 18 tu.

Masa lawan MTD we all ade sikit kompiden la. Baru je first half teammate gua injured lak. Pantek MTD main cam hanjing lahanat. Ade ke patut member gua dah tolak bola, budak MTD still nak hayun stick. Kene paler member gua yang pemain national. Depan gua die rebah. Darah mengalir lak tu. Dem gua da risau, gua panggil PBSM, tapi lambat lak sampai. Tula mak gua dah cakap jangan main masa tengah hari, banyak setan. Kan dah kene setan atas paler.

Budak yang hit paler member gua lak dapat kad hijau. Bugima nyer reff. Patut merah tu. Time tu temper gua dah tinggi. Nasib baik gua menten kontrol. Kalau tak, memang ade budak MTD koyak paler. Lepas second half lak, lagi sorang member gua kene. Nasib baik kat kaki je. Yang ni punyer minor je. Tak je sampai kene kuar. Gua dah syak yang MTD memang aim yang star. Ayam tol.

In the end of the day, team gua kalah ngan MTD 3-1. Apa-apa pon gua tetap bersyukur sebab dapat main inter zon lak nanti. Haha.

Kthxbai.

P/S: Hari ni takder gambor awek comel kat bawah ye. Peace yo!.


This entry was posted on Saturday 21 April 2012. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Naib Johan Hoki MSSWP”

Muhammad Haikal said...

aku kn suruh johan

ayep said...

sorry boss! kekasaran berlaku semasa perlawanan. saya tidak dapat menahannya.