Serangan Depression


Assalamualaikum semua. Apa khabar. Lama sudah gua tidak melakar nukilan di dalam blog ini. Kekangan daripada peperiksaan major yang makin hampir constrict perjalanan kehidupan gua. Disebabkan oleh anasir buas ini juga perasaan dan emosi gua menjadi terkenggu. Kau tengok, sampai typo gua. Gua malas nak repair.
...........

Baru-baru ni gua dah terima balik kertas exam trial gua yang gua hadapi lepas Aidilfitri haritu. Keputusannya...? Hanya cukup untuk membuatkan adik-adik darjah tiga yang baru berjinak-jinak dengan kereta tamiya menjadi gembira. Result gua kali ni agak menyedihkan hampir sama sedihnya dengan bilik mandi Presto-Cresendo di asrama gua yang ditutup akibat limpahan air yang menyebabkan banjir kilat di bilik PKU, atau nama ringkasnya, Penolong Ketua Umum. 

Long story short, keputusan BI gua drop. Gua dituduh menghafal karangan yang diberikan bertajuk Cinema asbestos gua ingat. Result pada ujian sebelum ini ya itu ketika pertengahan tahun agak memberansangkan dan mampu membuatkan ibu dan bapa gua tersenyum riang, tapi kali ni gua dah fakap paper tersebut. Ini baru paper BI. Paper chem,  addmath semua yang fakap dikatanya pure tu jangan cerita lah. Kebabian hakiki gua lihat.

Ditambah lagi dengan perasa pahit yang mana member gua, Jebon, baru berjumpa dengan rusuknya. Dengan terjadinya chemical bond diatas beliau kini sedang giat menganjing kepada gua yang masih tercari-cari teman buat pengubat sepi. Lalu gua pun memblahkan diri pulang ke rumah dengan perasaan yang hiba. Setibanyanya di rumah, gua terus menghidupkan komputer dengan harapan kandungan di laman sesawang dapat sedikit sebanyak menceriakan hati ini. Namun harapan gua hancur menjadi debu-debu berterbangan di tiup bayu tengah hari yang panas macam jahanam.

Gua mendapat tahu bahawa gadis yang gua berkenan sudah menjadi punyaan orang. Hampa hati gua. Gua terus log in ke permainan video orang penembak pertama atau nama saintifiknya first-person shooter yang bernama Counter strike online.

Perasaan gua bertambah fakap apabila skill dan kemahiran permainan tembak-tembak gua sudah mula menunjukkan symptom berlakunya proses redox. Memang sah la dah lama gua tak main. Gua mencuba nasib pula dengan game Dota 2 yang diagung-agungkan oleh segelintir murid di kelas gua. Game ni pun teruk. Gua kena first blood dengan AI.

Malang sungguh nasib gua kebelakangan ini. Nasib ada ibu bapa dan rakan-rakan yang sentiasa mewarnai hidup gua. Kalau tidak, gua rasa gua dah jadi Einstein kedua gamaknya.


Nota kaki: Gua baru dapat tahu yang kepala bana - kepala bana sekalian nak pergi prom lepas SPM ni.  Bugima damsyit, kepala jimbit sungguh mereka. Dah la gua tak ada date. Ada sesiapa sudi jadi date gua? Malam besok gua hantar rombongan merisik. Lepas gua jadi billionaire kita kahwin.

This entry was posted on Monday 24 September 2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

4 Responses to “Serangan Depression”

Khalilah said...

Hehe adik ayep ni.. Study rerajin dulu k... Baru ramai dtg tak payah petik jari... :)

Btw akak new follower ayep ^^

ayep said...

Insyaallah kak. Trimas atas sokongan. :)

Unknown said...

first blood dgn AI tu mnunjukkan yg lu noob. berhenti lah main game tersebut

ayep said...

Gua baru berjinak-jinak dengan bidang pendotaan ni. Itu pasal noob terlebih.