Krisis Air Umpama Crysis Warhead


Sekarang ni dah masuk minggu kedua gua stay dekat rumah. Alkisahnya begini, area-area dekat Banting ni kena pencemaran ammonia bagai la dalam air. Bak kata sokabar la. Kalau sokabar tipu gua pun autometik tipu sunat. Dalam bahasa saintifiknya air takda la dekat KMB ni. 
Hari tu hari Khamis, gua dah setel hantar proposal EE yang tah dah berapa kali kena rijek. Nasib baik last-last hasil joint venture antara idea bernas gua dengan teacher bio gua menjadi satu tajuk research yang gila babi gempak sampai Isaac Newton pun mintak tips kalau dia hidup.

Setel je hantar proposal bagai gua selebret dengan sekotak air soya. Ye la bro soya, gua pelajar kolej je. Mana ada duit nak selebret dengan coke, sparkling jus, mahupun wine yang dok simbah-simbah macam Valenbetino Rossi tu. Balik je bilik gua buka laptop, layan dota. Lepas satu satu hero gua terai. Gua usha rumet gua dah semacam, sambil kelik-kelik papan kekunci tengah siapkan proposal. Dalam hati gua tertawa kecil seraya bermonolog dalaman, "bukan lu start ada idea lagi awal dari gua?"

Lepas setel dota gua pekena tidur sedas. Sedar-sedar member gua datang kejut. "Weh, kau nak balik dah boleh balik dah petang ni." Gua konpius, menatang lak balik-balik ni? Hadiah sebab gua dah hantar proposal ke apa? Tak lama lepas tu pengunguman kedua berkumandang menandakan air dekat KMB dah takda dan pelajar dibenarkan balik. Gua rasa macam kerismes kam erli dis yer.



Nota Kaki: Dah cuti bosan pulak dok mengadap Dota je. Celaka member semua bizi bagai taknak keluar. Bizi apa gua tak tau. Haritu elok makan beger sama-sama. Heh.

This entry was posted on Monday 17 February 2014 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.