Cuti Kepala Bana

brain explode (read: heart)


Gua ada habit untuk update blog hanya pada cuti-cuti penting seperti ini. So bear with me.


Last paper gua adalah pada hari Khamis lepas, Biology paper 1. Malam sebelumnya kami, warga pelajar kelas medik di KMB hanya pulun question bank. Al maklumlah, banyak repeat dari question bank. Pelajar kejuruteraan pulak gua tengok dah bagai bernafas dalam lumpur nak study paper kritikal depa, Physics paper 1 dan Mathematics HL paper 3. (baca: paper susah nak mampus bikin pelajar suicide.) 

Rasa post macam ni dah pernah buat sem lepas. Ah! Persetankan segala itu. Apa yang gua nak highlight-kan sebenarnya sambutan hari guru dekat KMB. Gua dekat kolej ni sambut hari guru lagi kot. Kolej lu ada sambut hari guru? Walaupun kejap je. Tapi still hari guru la brader. Ada ucapan-ucapan. Lakonan. Ustaz gua nyanyi lagu Anuar Zain. Lepas tu member gua punya band punya performance. Menarik gak.

Dalam jam 10 lebih ucapan penutup pun disampaikan menandakan majlis sambutan hari guru telah tamat dengan jayanya. Setel kemas-kemas kerusi bagai. Gua pun duk jalan jalan dengan member gua. Katanya nak berjumpa jengan instructor EE. Turun je kat bawah depan pejabat boleh pulak gua terlanggar dengan Miss A, bukan nama sebenar. Berderau darah muda gua. "Celaka, say something madafaka," gua bermonolog dalaman. 2 saat seterusnya dia pun berlalu selepas mengucapkan maaf. Feel dia macam lu dah cicah biskut meri. Tapi dia lembik, terus jatuh masuk balik dalam neskepe lu. Celaka memang celaka, tapi apa lu boleh buat? Nak kaut dengan jari? Telan ajalah gamaknya. Benda dah jadi.

Sebelum balik bagai kelas gua buat photoshoot. Yela, sempena tamatnya tahun pertama di KMB. Tapi sayang, dia tak ada. Pasai dia bukan satu kelas dengan gua. Kahkah. Fak.








This entry was posted on Thursday 29 May 2014 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.