Ramadhan Bulan Kerahmatan, Ramadhan Bulan Keampunan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia sume.


Dah lama gak kan aku tak update blog aku? Biasalah duk kat asrama, jarang boleh balik. Kalau boleh balik pon keje banyak giler. Nak update blog pon tak sempat. Huhuhu.

Kat sini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa. (: 
 

Aku gak nak bagitau kelebihan dan fadilat bulan ramadhan ni.

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Di dalam bulan ini segala dosa akan diampunkan oleh Allah jika kita banyak berdoa dan memohon ampun kepadaNya. Setiap dari kita yang bernama manusia sudah tentu tidak terlepas dari melakukan dosa-dosa semasa hidup di dunia ini. Ambillah keberkatan yang ada pada bulan ini dan ikhlas memohon kepadaNya supaya dosa-dosa yang telah dilakukan akan diampunkan.
Bulan yang ada padanya Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Malam yang  paling baik ini dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala melalui amalan yang dilakukan pada malam tersebut. Segala amalan yang dilakukan pada malam ini akan digandakan pahala amalannya.

Jadi kawan2 sume. Marilah kita berlumba-lumba mengerjakan ibadah di bulan yang penuh kerahmatan ini. 

This entry was posted on Monday 1 August 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Ramadhan Bulan Kerahmatan, Ramadhan Bulan Keampunan”

Encik Gaara said...

sama-sama kita manfaatkan bulan ramadhan..amin

ayep said...

amin. (: