Dota 2 Beta Key Giveaway.


Assalamualaikum readers. Lama juga gua dah update blog gua ni. Lepas SPM hari tu ada cadang-cadang nak update, tapi natang idea seketul pun tak timbul. Kali ni gua nak buat giveaway lak. First time ni gua buat giveaway, nervous pula.

Disebabkan Steam kali ni bermurah hati nak kasi gua enam ketul..... Natang apa dia tu.....? .....Ha! Give Invite yada yada lah kot namanya. Gua pun decide nak kasi kat readers bertuah sume. Ye la, kot gua nak simpan lama-lama buat apa? Bukan boleh buat jeruk pun. Demit.

Jadi kepada anda yang berminat bolehlah menyertai giveaway ini. Langkahnya mudah sahaja, anda perlu follow Twitter gua di @ayepD_Luffy dan kemudian inform gua berserta dengan dengan id Steam lu orang. Yela, kalau tak macam mana gua nak kasi natang invite ni. Sebab di ruangan komentar gua jarang tengok. Nanti takut terlepas pandang.

Penyertaan terhad kepada 6 pembaca bertuah yang terawal. Dah macam iklan kat tv pun ada. "Peserta terawal menang bubis Neelofa." Nokharom!

Lagi satu benda, kome kena ada aplikasi Steam dan berdaftar di bawahnya untuk main Dota ni. Kalau yang tak ada atau tak tahu natang apa tu sila guna khidmat gugel. Nak aku buat tutorial payah la camni. Link ke steam go sini.



Kthxbai.

This entry was posted on Sunday 16 December 2012 and is filed under ,,,,,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.