Ragnarok Online 2: Lagend of The Second, Kesinambungan Legasi Ragnarok Online?


Assalamualaikum dan hai semua.
Pada 7 Disember sehingga 12 Disember yang lalu berlangsung Closed Beta Stage untuk game yang dinanti ramai, iaitu Ragnarok Online 2 atau RO2. RO2 ini adalah sekuel bagi game yang menjadi kegilaan ramai suatu masa dahulu. 

Gua sempat gak merasa main closed beta ni dari 7 Disember haritu. Impression gua? Game ni not bad la. Tapi masih tidak boleh menandingi Ragnarok yang original. Masa closed beta stage tu server agak packed. Lagging dan sarat dengan pinoy yang bobo. 

RO2 ni lebih berunsurkan Quest Oriented, jadi kepada grinder-grinder dan chiongsters semua, berita kurang baik untuk anda. Dungeon dia pun tak berapa mencabar. GTB masa level 16 dengan 3 party member memang bukan satu perkara yang menyeronokkan. Nak naik level senang je. Spam quest sampai pitam. 

Gua hanya cecah level 10 thief dan level 20 swordsman. Tak sempat nak try second job. Lagi satu perkara. Tiada lagi job novice dan merchant dalam RO2 ni. Semua characters bermula dengan job yang boleh dipilih seperti Swordsman, Thief, Mage, Acolyte dan Archer. System profession juga diperkenalkan seperti Chef, Blacksmith, Tailor dan Alchemist bagi menggantikan job merchant.

Open beta akan bermula pada 27 Disember ini. Pada sesiapa yang berminat boleh la usha Facebook mereka; PlayRO2

 Prontera bagi RO2.
 Golden Thief Bug yang dilemahkan Party.
 Khidmat teleport Kafra di Prontera
Wolves Party

Nota kaki: Gua still prefer RO yang original daripada RO2 ni.

This entry was posted on Thursday 27 December 2012 and is filed under ,,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.