Gua Dan Makwe Gua.


Assalamualaikum dan Selamat Petang wahai komrad. 
Lama lak gua tak update blog gua ni. Busy gila babi gua sekarang ni. Dengan nak cari kerja la, nak research pasal U yang gua nak masuk lak. Campur dengan nak buat lesen. Fuhh. Memang demsyit. Ini tak kira lagi dengan grindfest gua dalam game. 

Beberapa hari yang lepas cinta gua dengan si makwe gua telah berputik. Siapakah gerangan si makwe  gua tu? Jeng jeng jeng jimbit hang. 

Kelik tajuk untuk open bacaan seterusnya.
Ni dia si makwe gua, Ibanez V74ECE - opn. 



Hari tu gua gerak ke Shah Alam semata-mata nak beli makwe ni dekat DeadEye. Harga dalam RM640 dengan bag sekali. Tuner gua tak payah risau sebab dah ada built-in tuner. Tuner dia pun memang reliable, gua dah test dengan tuner member gua. Accurate gak.

Hasil dari penat lelah gua kumpul duit raya, duit tak makan, duit itu ini, dapatlah gua bermakwe. Nak pakai duit biasiswa serba salah lak kat rakyat.

Overall gua dengan gitar ni memang puas. Kualiti bunyi dia, sustain dia, action dia pun tak de la high sangat. Memang stim sorang-sorang la kalau main.

Memang betul pepatah orang-orang tua dulu. Beli gitar ni kalau dengan hasil usaha sendiri lain feeling dia daripada guna loan PAMA. Stim bila kau strum gitar ni, dengar bunyi dia, lain dengan stim bila kau beli guna duit mak ayah. Kau akan rasa puas.



 Built-in tuner dan pickup.

Selonggok pick berlainan ketebalan yang gua angkut.


This entry was posted on Monday 7 January 2013 and is filed under ,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.