Showing posts with label Faktab. Show all posts

Kisah Kerek-Kerek Punya Hal

No Comments »



Dingin malam itu. Tadi tidak sedingin hatimu.  Gua bukan nak buat novel untuk TV3. Natang.

Malam tu lepas setel makan supper, member gua buka cerita yang bilik TV block A ada cerita Abang Long Fadhil. Macam mana boleh ada pun gua tak tahu. Member gua pun tak tahu. Kutu-kutu lain juga begitu, turut tidak tahu. Mula gua macam malas nak gerak. Lepas gua tengok ramai kutu-kutu lain gerak, gua pun ikut sama layan. Tengok ramai-ramai macam Friday Night Premier. Siap dengan keropok bagai.

Tengah sedap layan nak dekat ending dah wardern block A mai. Mai-mai dia buka lampu. Gua usha dia. Dia usha semua. Semua usha dia balik. Jilaka. Macam kena tangkap stim gam. Gua pun buat bodoh sambung tengok. Nak dekat habis kot. Dia pun start membebel tanya sapa yang beli, pasal rokok, pasal ceroboh, pasal Najib bagai. Bugima interrogation polis pun tak macam ni. Dia ingat gua kaunter pertanyaan? 

Gua buat bodoh lagi. Semua pun buat bodoh tengok cerita. Dia bengang. Dia suruh kutu-kutu semua tulis nama sebab ceroboh block A. Katanya nak bagi nama apa lansau la. Macam yang dia selalu buat. Tapi haram gua tak nampak apa-apa yang berlaku pun sehingga kini.

Block A tu sebenarnya tengah kosong. Senior baru blah. Junior belum masuk. So masa transisi antara mereka membuatkan block tu kosong. Macam jiwa gua. Kosong. Bak roti canai yang budak-budak skin selalu makan kongsi lima orang sebab sengkek. Baru nampak dia punya true "working class" punya imej. Sengkek memanjang. 

Berbalik kepada cerita, dia pun dah panas pasal semua buat bodoh kat dia. Lepas tu bising, "Masing-masing kerek ye." Gua pandang dia. Dehell mang cerita dah nak ending. Mamat tu tengah lawan Kimak Kimar kot. Memang semua konsentret. Kalau lu datang masa awal gua boleh layan lu lagi. Lepas tu dia suruh semua blah. Gua cuba nego dengan dia. Tapi mungkin sebab dah buat muka kerek dekat dia, dia tak nak layan. Bugima. Kami sekutu-kutu pun blah la dengan hati yang lara sebab tak dapat tengok sampai ending yang betul-betul true. Fak. 



Nota Kaki: Ini cerita ada la dalam sebulan dua lepas. Tapi gua malas taip. Sama macam gua malas taip assignment. Tapi grup PB gua macam seronok lak baca. Tu gua taip. 

Sem Break = Sem Berak?

Read more » | No Comments »

Cute Poop
*Lagu mekdi berkumandang*
Tanggal 25 hari bulah seblas dua kosong satu tiga, maka berakhirlah semester 1 bagi pelajar tahun 1 Kolej Mara Bahaya Banting. Tarikh tersebut amat bermakna yang menjadi titik-tolak heartbreaking, depression, suicide, massacre dan mungkin juga genocide bagi seluruh pelajar tahun satu yang baru je menyetelkan peperiksaan akhir semester 1. Babi banyak betei 1 nya.

Header baru ayepStatik

Read more » | No Comments »

cuba,let's, try, something, new, baru, benda, header, baru. you, tak, suka, you keluar, ayam, neelofa

Salam y'alls, and for the non-muslims, good day sir. As you you all can see at the top of my blog that I have changed the header. Yay me. This would be my new header from now on.

Dreamland Terfaktab

4 Comments »



Khamis, 14 February, 2013 - Somewhere around the corner.

Jam 0900

Tanpa sepatah kata, dia menghirup secawan kopi berjenama Indocafe yang sudah mula menyejuk akibat lama dibiarkan selepas dibancuhnya 17 minit yang lepas. Mengukir senyuman selepas membaca entri-entri blog yang diikutinya. Kemudian beralih pula ke laman Twitter dan Facebook untuk mengikuti perkembangan semasa rakan-rakan sekolah yang sudah dia tinggalkan beberapa bulan yang lepas. Tapi apa yang dia jumpa hanyalah tahi-tahi Twitter yang rata-ratanya masih bersekolah ada juga sebahagian daripada mereka sudah menjejakkan kaki ke menara gading yang hanya membuat ulasan berbentuk anak panah yang pada statistiknya menimbulkan rasa kejengkelan terhadap pengguna Twitter sejagat. Namun tidak dihiraunya beliau.

Dia kemudian termanggu memikirkan masa depannya. Apa yang bakal berlaku dengan keputusan periksanya? Apa yang akan dibuat pada masa hadapan? Beribu persoalan bermain di mindanya. Terhenti lamunan akibat dendangan lagu Kisah Aku, Dia dan Lagu nyanyian  Wann yang pada asalnya nyanyian Saloma. Dengan rasa pelik menyebungi dia bermolog, "Lagu sebegini sesuai pada waktu malam," seraya membuka aplikasi Winamp yang pada ketika itu berhenti pada lagu Mardy Bum daripada Arctic Monkeys.

Selesai menyanyikan lagu tersebut dengan slang British yang agak berterabur dia membuka pelantar Steam untuk memulakan permainan yang dia baru berjinak-jinak semenjak bulan 8 tahun lalu iaitu Dota 2. Berbekalkan skill yang kurang tajam beliau memilih Keeper of The Light sebagai hero pada hari itu. Walaupun tidak pernah menggunakan hero tersebut dan role yang dia sering jalankan ialah semi-carry dan ganker dia tidak peduli. Perjalan permainan pada hari tersebut agak menarik, dengan kerjasama daripada ahli pasukan yang lain telah berjaya menembus masuk ke dalam penggalan musuh lalu menghancurkan Ancient mereka. Kemenangan tercapai.

Pada hari tersebut rakan karibnya akan bertolak ke kem PLKN. Ia akan menjadi hari-hari yang sunyi tanpa beliau. 
 
Noharom lapar lak. Esok lusa sambung balik la entri macam ni. Adios.