Showing posts with label Pengalaman bodoh.. Show all posts

Tu Berus Gigi Gua Ke?

2 Comments »


Memang macam biasalah kalau balik kampung mesti gua bawak sendiri berus gigi gua. Ye la, tak kan nak pinjam orang lain punya. Nak beli banyak pulak duit kau.

Nak dijadikan cerita time gua balik kampung tak lama dulu. Gua memang dah prepare nak mandi dah ni. Dengan sebatang berus gigi sambil memakai tuala, gua menggagahkan langkah gua ke bilik mandi. Gua letak dulu gua punya berus gigi kat bekas tu.

Lepas tu gua pergi buang gua punya stuff dulu. Dah berapa lama perut gua ada Tsunami. Ceplok ceplok bunyi dia bak kata brader GP .

Dah setel gua dengan hal stuff gua, gua terus capai berus gigi. Memang dah tak pikir apa la, mamai time tu. Gua angkut berus gigi "gua", picit ubat gigi, dah buat aktiviti biasa.

Tengah gua enjoy gosok gigi tu sambil nyanyi lagu "Malam Pesta Muda Mudi" gua perasan ada lagi satu berus sama macam gua. Ah sudah. gua pakai gua punya ke makcik gua punya? "Bugima" Gua bermonolog dalaman.

Terus gua cedok air pastu kumur-kumur. Gua pon letak balik berus gigi tu kat tempat dia dan sambung mandi. Gua pikir, "takper kat dalam rumah ni takde sapa makan babi kan". Gua pon memang tak amik balik da berus gigi gua tu.

Tobat gua tak nak letak kat dalam bekas tu da. Shyt.



P/S: Dammnnn. Bersepah gua cerita.

Kasi Gua Tido, Please?

Read more » | No Comments »


Jam menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari. Waktu-waktu macam ni memang kritikal untuk gua tidur. Ditambah pula dengan ceritera cikgu chemistry gua yang umpama bedtime story, ia menjadi pemangkin kepada rasa mengantuk gua.

Eh Tak De, Saya Tak Pakai Phone.

Read more » | No Comments »