Cerita HBO?


Semalam gua ada layan satu cerita ni kat HBO. Tengah syok-syok layan bapak gua pulak datang.
Gua tengok dia dah semacam da. Pastu boleh pulak movie tu kasi keluar scene baik punyer! Awek dalam movie bukaka baju kasi nampak baju tight haram jadah yang gua tak tau. Gua tengok bapak gua kali dah dua macam pulak.

Nak dijadikan cerita, awek blonde-nobrain tu pon pi masukkan phone yang tengah ringing dalam seluar dia. siap menyala lagi tu. Nampak dalam beb! Kay gua tipu. Gua Nampak phone punyer lampu jer.

Lepas je awek tu buat camtu gua terus tukar Star Movie. Channel keluar lak movie Robocop. Tak nak kasi rasa awkward gua pon cakap kat bapak gua. "Eh, dah lama tak  tengok Robocop. Best jugak ni".

Pom! Gua buat-buat bodo untuk 2-3 minit. Gua ingat nak tukar movie kat HBO tu balik. Tapi bapak gua buat stone lagi kat situ. Ahhh demm. Kang gua tukar lagi rasa awkward. Takpe. Gua tahan jela tengok cerita Robocop ni.

Tengah layan cerita robocop masa scene robocop tu tarik robot haram jadah tu kasi jatuh bangunan, adik gua lak panggil ayah gua. Gua pon tunggu kejap. Pastu terus tukar balik cerita kat HBO. Demm gua miss part awek tu mengganas.


Moral of the story: Sila layan movie sorang-sorang kalau tak nak rasa pelik.


Kthxbai. Salam.

This entry was posted on Thursday 24 November 2011 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.