Review Forever Strong



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Oleh kerana aku dah into sukan ragbi ni, aku pun mula mencari movie-movie pasal ragbi ni.

Kay camni cerita nyer, Rick ni dia pro main ragbi. Tapi perangai agak cam iblis gak masa mula-mula story. Mula-mula dia main position wing, number doblas tak silap aku. Tak pon patblas. Dia ni main untuk team Flagstaff di mana coach nya bapak dia sendiri.

Satu malam tu, dia bawak bohsia awek dia jalan-jalan naik kete tak de bumbung, haram jadah pe nama kete ni? Pastu tegah syok scene comolot, ada lak kete lain datang dari arah bertentangan, apa lagi, kelam-kabut rick nak pusing. Sekali over turn daa. Kete dia pon langar pagar berduri dan terbabas. Alaaa pagar yang kayu sebatang pastu dia ikat pakai dawai duri tu. Rick ni pengsan kejap, pastu bila dia sedar dia usha sebelah tengok awek dia dah tak ada. Bila dia usha belakang dia nampak awek dia tersangkut kat dawai tu pulak. Bodoh nye bohsia awek, boleh sangkut lak.

Lepas incident bodoh tu Rick ni pon kena la sumbat kat pusat juvana. Ada sekali tu dia punya kaunselor perasan yang dia ni minat kat ragbi. kaunselor dia pon dengan hati yang murni bawak da player dari team  Highland nak ajak dia join team ni.

Lepas dia join dia dapat postion hooker, mula-mula dia memang fakap dengan team ni, fakap dengan coach, fakap dengan position yang dia dapat. In the end of the day dia terima gak semua tu. Bila dia da start jadi baik ngan teammate dia, ada lak something shit happens. Member dia lak kojol kena langgar kereta masa nak tolong sorang makcik ni tukar tayar kereta.

Coach dia tiba-tiba lak baik hati kasi dia jadi captain. Memula dia tolak. Pastu pejadah tah coach tu cakap, dia pon terima laa. Lepas tu team Highland join tournament ragbi, ntah hape name tournament tu.

Last match dia, dia pi lawan ngan team bapak dia, Flagstaf. Jeng jeng jeng, dia menang ke tak? Haaa. nak tau? Pi la tengok sendiri.

Overall cerita ni aku kasi 8/10.
Seriously cerita ni seploh kali lagi bagus dari invictus-butthurt-nelsonmadela-rupa-cam-member-aku, da la invictus ni sume score pakai drop goal jer. Defuq laa. Aku nak tengok action, bukan politik Springbok damit.

Pe lagi, kalau nak tengok sila lah download secara lanun atau pun beli je kat amazon.

This entry was posted on Wednesday 2 November 2011 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.