Bernyawa Semula?



Assalamualaikum dan Salam Malaysia.

Apa khabar semua readers yang gua rasa mungkin sudah meninggalkan blog gua ni sedikit demi sedikit. Setelah gua membuat sedikit pembaharuan pada layout gua, gua sekarang dah ada semangat sikit nak menulis balik dalam blog ni.

Kalau readers semua perasan, layout kali ni dapat memberi ruang yang lebih luas untuk coretan gua. Tidak lupa juga untuk gamba yang bakal di-upload kelak. Dengan ini, dapat la gua upload gambar-gambar yang lebih besar. Secara tidak langsung, ia juga akan memudahkan readers semua untuk membaca caption yang mungkin terdapat dalam gambar tersebut. Betoi dak? Haha.

Gua semenjak dua menjak ni mengalami sedikit kesukaran untuk meng-update blog. Almaklumlah, SPM beberapa bulan je lagi. Trial pula akan menghampiri selepas Hari Raya Aildilfitri. Gua Target Trial gua 5A, gua nak pulak belajar gila-gila macam member gua. Nak tengok apa hasil dia.

Di sebabkan SPM ni jugak, gua terpaksa menolak tawaran untuk bermain mewakili Malaysia untuk bermain ragbi piala ARFU Asian under 19 yang akan berlangsung di Kandy, Sri Langka pada 11-16 September nanti. Terkilan jugak rasanya, tapi gua pikir balik, ini untuk kepentingan gua jugak.


Sampai di sini sajalah coretan gua untuk kali ini.
Kthxbai. Salam. Chow.


This entry was posted on Friday 20 July 2012 and is filed under ,,,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.