Kisahku Di Asrama I: Wake Up Call


Assalamualaikum dan Hai semua warga kota metropolitan.


Gua ni bukan lah seorang insan yang senang nak bangun sendiri time pagi. Paling-paling awal pun kalau bangun sendiri mesti matahari dah baik punya shine kat mata gua. Gua memang orang yang susah sikit nak bangun sendiri time pagi, tapi kalau orang kejut laju je gua celik. Gua pun tak tahu apesal.

Tapi sepanjang gua kat asrama tiba-tiba gua dah develop satu traits yang membolehkan gua bangun sendiri. Gua pun pelik. Lepas je gua enroll asrama tu, hari kedua gua secara automatiknya boleh bangun pukul 5:30 pagi tanpa alat bantuan pernafasan bantuan rakan. Macam dah ada alarm dalam otak gua. Mungkin juga perasaan takut terhadap PK Hem gua yang bernama Incik Asma Azmi yang terkenal dengan panggilan spark nya kerana suka menyepak muka pelajar lain. Gua pernah rasa, sedap wo. Ada rasa bingit-bingit sikit kat telinga.

Tapi boleh banguun sendiri pun banyak kali gua terlajak subuh berjemaah kat surau. Nak dijadikan cerita, bukan gua sorang je yang lambat, satu dorm sekali terbongkang atas katil dibuai mimpi basah. Ini gua tak tau la kerja malaun mana yang pi kunci pintu dorm sampai budak lain tak dapat nak kejut. Berapa kali gua dapat surat saman tak turun subuh. Dah tidur kat dorm jiran pun ada terlajak subuh gak. Demm.


This entry was posted on Wednesday 25 July 2012 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Kisahku Di Asrama I: Wake Up Call”

Unknown said...

spark tu nickname rempit kan. cikgu kau rempit ke mende

ayep said...

Dia punya penyepak tu laju dan x takut mati. dah dekat la tu. hehe.