Diet Cara Nabi Muhammad S.A.W.



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Hari ini aku ada sedikit ilmu yang aku ingin kongsikan bersama korang semua.

Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)


Yang aku ingin kongsikan ni ialah diet pemakanan Rasulullah S.A.W. Baginda tidak pernah mendapat sakit perut kerana pandai menjaga pemakanan baginda.

Apa kata kita cuba diet baginda, tak rugi mencuba tau. Malah memberi faedah kepada diri kita sendiri. Insya-Allah.

1. Jangan minum susu bersama daging
2. Jangan makan daging bersama ikan
3. Jangan makan ikan bersama susu
4. Jangan makan ayam bersama susu
5. Jangan makan ikan bersama telur
6. Jangan makan ikan bersama daun salad
7. Jangan minum susu bersama cuka
8. Jangan makan buah-buahan bersama susu, contohnya koktel.



Jangan makan buah-buahan selepas makan nasi, sebaiknya sebelum makan nasi. Aik kenapa pulak macam ni? Biasanya bukan dekat majlis makan buah sebagai pencuci mulut last ker? Haaa. Ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan ajaran Rasulullah S.A.W. Sebenarnya, zat-zat dalam buah lebih cepat rosak berbanding zat pada makanan utama yang lain. Jadi bila kita makan makanan utama seperti nasi dulu, dan selepas itu baru makan buah, perut kita akan menghadamkan makan utama itu dulu. Selepas makanan utama itu dihadamkan, barulah buah-buahan yang kita makan dihadamkan. Kesannya semasa proses penghadamman makanan utama itu, zat-zat yang terdapat dalam buah tersebut akan beransur-ansur rosak. Bila tiba masa untuk buah itu dihadamkan mungkin semua zatnya telah rosak. Ia juga akan mengakibatkan kembung perut.



Tidur sekurang-kurangnya satu jam selepas makan tengah hari. Biasanya selepas makan mesti kita akan mula rasa malas dan mengantuk. Best nya kalau dapat tidurkan? Haha. Tapi korang kena lawan perasaan malas tu. Hal ini kerana makan yang korang makan tidak dapat dihadam dengan sempurna, dan juga mengeluarkan gas yang banyak. Ini juga akan menyebabkan penyakit gastrik.



Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang meninggalkan makan malam, dia akan dimamah usia dan kandungan kolestrol dalam badan akan berganda. Makan malam di sini bukanlah makan lewat malam. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu, "Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan."  Hal ini kerana dengan meninggalkan makan malam, kadar metabolisma dalam badan kita akan menurun.


Kthxbai. Salam.


Jana pendapatan melalui Blog, Facebook dan Twitter di sini.

This entry was posted on Tuesday 25 October 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

6 Responses to “Diet Cara Nabi Muhammad S.A.W.”

Umie Nadhirah said...

info yang sangat bagus...banyak yang terbalik an?.. kene ubah ni..

ayep said...

Hehe. biasalah budaya barat, dorang selalu bertentangan ngan ajaran islam. :D

Unknown said...

kena amalkan nie..info yang menarik..tq sudi berkongsi..

ayep said...

sme2. haa. pi amalkan cpt. hehe.

nurhamizatulzullraooh said...

info yang berguna terima kasih kerana berkongsi..serius memang tak tahu banyak juga yang terbalik kena ubah ni insyaallah akan cuba diamalkan

strawim :) said...

wahh nak terai laarh... tak pernah tau pon sblm ni.. lg2 pasal koktel tu... slalu makan koktel... sedap... ><