Pengenalan Tentang Mode Kamera Dslr.



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Dengan harga yang semakin murah, pengguna kamera DSLR menjadi semakin banyak seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Even budak yang baru abis UPSR pon da merengek kat bapak dia mintak DSLR. Bak kata kawan aku, "Kechik-kechik darjah 6 da ada DSLR. Adik, when i was your age, i guna camera dalam phone je."

Jurufoto perkahwinan pon semakin banyak di Malaysia sekarang ni. Kadang-kadang tu, baru tangkap gambar sikit pastu upload kat pesbuk bila member puji terus kembang cam obor-obor. Pastu buat blog nak carik client utuk tangkap gambar wedding. Pastu bila gambar tak lawa kecoh satu kampung. Ish ish. Apedaa.

Apa-apa pon lantak dia laa. Kali ni aku nak membebel pasal Mode Exposure yang ada pada kamera DSLR ni.



P/S: Nama dan simbol mungkin berbeza mengikut jenama. Aku ikut jenama nikon.

Mode P (Progammed Auto)
Dengan menggunakan mode ini, kamera akan menetapkan shutter speed dan aperture untuk mendapatkan pendedahan(exposure) yang optima. Tetapi jurufoto masih lagi boleh memilih kombinasi shutter speed dan aperture yang berlainan dan masih lagi mendapat pendedahan yang sama. Mode ini sesuai untuk digunakan ketika keadaan terdesak. Contohnya moment tu tiba-tiba datang, tak kan korang nak bawak keluar kamera korang pastu setkan kat manual? Kompom terkial-kial nak setting semua.

Mode S (Shutter-Priority Auto)
Dalam mode ini jurufoto boleh memilih shutter speed yang bersesuaian dengan keadaan semasa dan aperture akan dipilih sendiri oleh kamera untuk mendapatkan pendedahan yang optima. Mode ini bersesuaian ketika korang nak membuat effect buih di sungai, panning, atau menangkap gambar yang laju tetapi malas nak setting benda lain atau mungkin masih la baru menggunakan kamera.

Mode A (Aperture-Priority Auto)
Mode ini akan menentukan shutter speed secara automatik dan jurufoto boleh memilih aperture dengan sendiri untuk mendapatkan depth of field yang bersesuaian.

Mode M (Manual)
Mode ini menawarkan kefleksibiliti dalam menentukan shutter speed dan aperture memberi jurufoto ruang yang terbaik untuk menonjolkan kreativiti nya. Tetapi dengan memilih kombinasi yang salah, gambar yang ditangkap mungkin akan menjadi terlalu cerah(overexposed) atau terlalu gelap(underexposed). Penggunaan penanda exposure pada viewfinder dan LCD anda amatlah digalakkan.

Sekian, nantikan tutorial fotografi di masa yang akan datang. Adios.

Kthxbai. Salam.

This entry was posted on Wednesday 5 October 2011 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.