Nostalgia Kartun Zaman Kanak-Kanak.




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.

Apa khabar semua? Sehat? Kalau sihat bagusla.

Seperti yang dinyatakan di dalam tajuk aku kali ni, aku nak cerita tentang kartun yang aku selalu layan masa kecik-kecik dulu. Kartun-kartun ini disiarkan sekitar tahun 2000 lebih-lebih. Haha. Teringat masa kecik-kecik dulu, bila pagi sabtu ngan ahad je mesti da terpacak kat depan tv nak tengok kartun. Kartun masa tu tak macam kartun zaman sekarang. Kartun zaman sekarang ni ngarut jer. Hehehe. Jangan marah ye.

Keluang Man
Cerita ni sampai sekarang aku ingat lagu dia. Keluang Man ni ekceli pesakit kat umah bahagia. Korang ingat tak lagi nama dia? Borhan laaa. Sidekick dia lak korang kenal? Opkos la Tiong Man. Walaupun graphic tak berapa nak lawa, tapi nilah antara cerita peberet aku. Dialog diorang pon sempoi je. Macam kita cakap. Tak macam kartun sekarang. Formal sangat. Hehe.


Usop Sontorian
Usop sontorian adalah cerita animasi yang menerapkan unsur patroitisme dan kaya dengan budaya melayu. Cerita ni adalah antara animasi yang mula-mula ditayangkan di kaca televisyen di Malaysia. Aku suka sangat ngan cerita ni sebab dia ada menerap semangat setiakawan dan banyak lagi nilai-nilai murni yang wajar dicontohi.


Anak-anak Sidek
Yang ni bukan setakat tengok kat tv, komik dia pon aku beli gak. Sampai sekarang, buku tu ada lagi aku simpan. Ia merupakan cerita biografi untuk keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek. Yang paling kesian bun la, asyik kena je dengan ayah dia.



Dragonball
Ni lak cerita yang aku paling peberet. Dari masa Goku kecik sampai besar pastu kecik balik aku tengok. Kalau tak silap aku cerita ni disiarkan setiap sabtu dan ahad pukul 9.30 pagi kat tv2. Aku ingat lagi masa aku nak kena sunat, sempat lagi tengok cerita ni kat klinik sebelum masuk dalam bilik potong. Hahaha.


Kamen Rider Black / Satria Baja Hitam
Yang ni aku siap beli tape lagi nak tengok. Yela, zaman kanak-kanak aku mana ada cd lagi. Layan jela tape yang besau gedabak tu. Pastu casing tape tu buat jadi bekas pencil. Nak lagi cantik tampal sticker banyak-banyak. Jap gi boleh pulak ada cikgu komen baik punya. Babih. Pffftttt. Lari tajuk sial aku. Yang aku paling suka time tengok cerita ni masa dia bertukar. Henshin. Pastu mata keluar spark, keluar tali pinggang. Tali pinggang dia tu pon aku ada. Tapi tak tahu dah pergi mana. Aku siap berdiri depan tv pastu ikut dia punya gaya nak transform.
P/S: Sampai sekarang aku masih lagi tengok Kamen Rider. Memang cam bebudak siot. =,="


Pokemon
Antara kartun yang aku rasa paling lama ditayangkan kat kaca tv. Sampai sekarang ni pon aku dah tak tahu berapa banyak seasons dia dah siarkan. Banyak nak mampuih! Aku suka cerita ni masa seasons yang awal-awal jer. Masuk je yang baru dah mula merapu. Berapa banyak pokemon pon aku tak tahu la. Yang aku paling pelik ialah Jururawat Joy dengan Polis Jenny. Pekejadah muka sepesen jer? Mindfuck ayam siot!? Aku punya fanatik tengok cerita ni dulu sampai beli Gameboy semata-mata nak main game pokemon. Sampai sekarang gameboy tu masih bernyawa lagi.



Aku rasa ni jela kartun yang aku betul-betul suka time kecik-kecik dulu. Ekceli banyak lagi kalau aku nak tulis. Tapi cite Dragonball tengah siar kat Astro Ceria lak. Gua nak gi tengok lu. Chow.

Kthxbai. Salam.

This entry was posted on Saturday 8 October 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

3 Responses to “Nostalgia Kartun Zaman Kanak-Kanak.”

sabree hussin said...

wah ni zaman2 aku kanak2 ni.. aku pun antara yang addicted dengan kartun

Cik Siti said...

+sailormoon
tengok kartun memang aktiviti wajib masa hari minggu dulu2 XD

ayep said...

haha. ya betol sailormoon. aku pon tengok gak. syok je tengok dia transform. ekeke. (kecik-kecik da gatal)