Soalan Bangang Yang Mintak Penampar.



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Korang pernah tak kena tanya dengan soalan bangang yang tahap gampang camni? Aku da banyak kali kena. Perasaan cam nak sepak laju-laju terpaksa aku selotep elok. Mari kongsikannya bersama.



1. Aku tengah baring atas katil, baru je nak lelap, jap gi booom! Member dorm sergah, "weyh kau dah nak tido ke?" "eh    mana ada. Aku tengah imagine camna rasa kalau tak leh gerak."

2. Aku on the way nak gi dewan makan, perut da kebulur giler tu. "Kau nak pergi dewan makan nak makan ke?" "Mana ada, aku nak gi gosok gigi kat singki dewan makan."

3. Aku tengah online pukul 3 pagi. "Weyh kau tak tido lagi ker?" "Aku da tido da ni. Sekarang ni tengah mimpi basah sambil berjalan."

4. Pakai seluar kenit sambil pegang towel ngan baldi barang mandi. "Kau nak mandi ker?" "Tak ar. Aku nak pergi main hoki pakai baldi."

5. "Woi kau potong rambut ker?" "Tak de la. Aku cat hujung rambut aku guna cat lutsinar"

6. Tengah dalam toilet nak buang stuff, pintu berkunci, towel tergantung. Member ketuk. "Ada orang kat dalam tak?" "Tak de, setan. Ni taik tengah berdisko"

7. "Lepas download installer ni nak buat apa?" "Haa. Kau bukak peti ais, amik air coke curah kat pc kau. Kompom installer tu install sendiri."

8. Pergi kedai gunting rambut "Tambi, mau gunting rambut ka?" "Kasi saya nasik lemak sama fresh orange." Ofkos la aku nak gunting rambut setan, kalau tak baik aku pergi mamak tengok bola.

9. Member call rumah. "Kau kat mana tu?" "Kat disco bebeh, tengah jual cekodok" Bunguk.

10. Nak gi tandas time kat class. "Cikgu saya nak pi tandas" "Kamu nak buat apa" "Saya nak pi goreng magi sat, pastu nak kasi sume member class rasa seurat megi ni, boleh kan?"

11. Dan yang paling bangang, soalan pekse addmath, bangang amongs the bangang, aku sempat wat diagram position rugby lagi tu.


Nah, hamik kau setan. Tanya lagi soalan cepumas. Asbestos tol.


Kthxbai. Salam.


Menangi kamera four third terbaru dari Olympus, Olympus PEN Lite E-PL3 dan Olympus PEN mini E-MP1 dengan menyertai pertandingan Happy Photography. Apa yang korang perlu lakukan ialah menangkap gambar saat keriangan korang. Mudah bukan? Tunggu apa lagi. Layari http://www.churpchurp.com/ayepstatik/share/olympus-contest-2011untuk maklumat lanjut.

This entry was posted on Wednesday 12 October 2011 and is filed under ,,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Soalan Bangang Yang Mintak Penampar.”

Unknown said...

Haha, tu si penjawab bangang gayanye.

ayep said...

haha. dua pon bangang. sabo je la