Fakta Menarik Mengenai Minyak Wangi




Assalamualaikum.
Aku kompom korang semua mesti tahu apa itu minyak wangi atau bahasa omputehnye perfume. Korang gak mesti selalu pakai minyak wangi ni bila nak keluar rumah, pi dating, dan sewaktu dengannye.
Tapi tahukah korang tentang jenis-jenis minyak wangi?

Jom kita tengok tentang jenis-jenis minyak wangi ni. Cekidot.

      1. Cologne
      2. Eau de Toilette (EDT)
      3. Eau de Perfume (EDP)
      4. Parfum

Agak-agak korangla kan, yang mana korang rasa kalau pakai dari pagi sampai bawak masuk tido pon tak hilang?

Okay, yang bezakan jenis minyak wangi ni adalah kepekatan minyak harumannye sama ada daripada ekstrak semulajadi, sintetik, dicairkan menggunakan air atau alkohol bergred tinggi..Haruman yang mempunyai kepekatan minyak yang tinggi tahan lebih lama la beb.

Cologne                    -        mengandungi 4% minyak pati

Eau de Toilette (EDT)   -        mengandungi 8% - 15% minyak pati

Eau de Perfume (EDP)   -       mengandungi 15% - 22% minyak pati

Parfum                           -         mengandungi 22% minyak pati

so, yg lebih tahan lama adalah Parfum kerana kandungan patinye lebih pekat..

Tapi korang paham-paham la. Harga Parfum ni lagi puaka dari minyak wangi yang lain. Jadi. tepok dada tanya iman. Haha. Tapi kalau nak buat hantaran kahwin tu jangan la kedekut sangat sampai pi bagi cologne tu. Kang sia-sia je kena panggil Haji Bakhil. Padan muka. Hahaha. Tapi kalau nak sangat bau pekat tapi tak de bajet, korang boleh aje calit minyak atar kat badan. Tapi jangan calit banyak-banyak sangat, kat pengsan member kat sebelah tu.

Ni pulak cara-cara untuk mencuba bau minyak wangi.
Selain menyemburkan ke atas kertas lepas tu kibas-kibas kertas tu, minyak wangi gak boleh di cuba pada sapu tangan. Ini utuk mengetahui macam mana bau minyak wangi tu pada fabrik. Boleh jugak menyemburkan ke udara di atas tubuh anda berdiri. Lepas itu bila titis minyak wangi tu jatuh, tarik nafas dalam-dalam dan hayati keharumannya. Kalau tak dapat gak baunya pekata korang sembur je dalam lubang idong korang. Kompom nikmat.

Ni aku nak kasi korang tip-tip memakai minyak wangi.
Waktu siang - Semburkan pada pergelangan tangan, sendi kaki dan perut. Cara ini utuk mengelakkan tindak balas wangian itu dengan sinaran UV dan mengelakkan iritasi pada kulit.

Waktu malam - Sesuai disemburkan pada bahagian tengkok atau belakang leher.

Okay sampai sini jela info aku tentang minyak wangi ni. (da x jmpe fakta lagi dah. haha)

Kthxbai. Salam.

This entry was posted on Wednesday 5 October 2011 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

One Response to “Fakta Menarik Mengenai Minyak Wangi”

fairus said...

WAH.. BARU TAU NI.. :)