5 Perisian yang korang perlu ada.

Salam 1 Malaysia.

Untuk entry yang kedua ni pulak, aku nak cerita pasal perisian computer atau nama manjanya software yang korang perlu ada. bukan perisian untuk ipod, blackberry dan sewaktu dengannya. *almaklumlah, aku ni tak mampu nk beli benda alah tu semua ;_;*. Software ni tak de la wajib sangat. kalau korang tak nak pon tak pe, aku tak kesah. hahaha. tapi benda ni semua antara software yang paling berguna la bagi aku.


Mozilla Firefox

Mozilla Firefox 4

Korang yang tengah duduk depan monitor tu mesti tengah layari internet kan. Kalau nak layari internet mesti ada web browser kan. Ni aku nak suggest 1 web browser yang hebat. Asal aku cakap firefox ni hebat? Firefox ni memang laju. Kalau korang baru upgrade daripada Firefox 3.6 kepada Firefox 4 mesti korang perasan ianya sangat laju…berdesup. Dari segi startup, rendering dan loading memang banyak improvement boleh dilihat. Pastu korang boleh customize dia. Pastu yang paling best adalah panorama. Panorama ni juga dikenali sebagai tab group. camne nak buat panorama ni? Cuba korang tekan ctrl+shift+E. 

CCleaner

CCleaner ni ape? Aku biasa panggil CCleaner ni sebagai crap cleaner. haha naper? Sebab benda alah ni membersihkan semua sampah sarap dalam computer korang jadi computer korang dapat jalan ngan lebih lancar. Benda ni gak boleh repair korang punya registry.



Winamp

Winamp aku yang pkai skin Inducer

Winamp ni adalah sejenis media player. Aku kata benda ni bagus sebab korang boleh tukar2 dia punya skin. kalau dah bosan guna skin bento tukar lak skin inducer macam aku ni. haha. Winamp ni juga menggunakan ruang hard disc yang sikit berbanding Windows Media Player dan iTunes yang telan banyak space. Korang gak boleh letak macam2 plugins nak kasi sound dia lagi sedap. Ia juga boleh support macam2  format. 



Launchy


Program bersepah kat dalam pc korang tapi korang tak ingat lak program tu ada kat mana. Dengan launcy, korang da tak payah pikir lagi program tu duduk kat ner atau duk tercarik-carik kat start menu. Nyusahkan diri jer. Hahaha. Dengan launcy, korang cuma perlu tulis jer apa program yang korang nak cari dan  program tu akan dilancarkan serta-merta. Korang gak boleh tukar dia punya skin dan install plugin.



Picasa 


Walaupun aku ni bukan seorang jurufoto profesional, tapi aku memang suka sangat amik gambar. Picasa ni boleh berfungsi sebagai album foto. Korang gak boleh mengedit-ngedit gamba korang seperti yang itam jadi putih, crop, red eye, dan sebagainya. Kalau korang nak tau lagi apa yang best pasal Picasa ni korang cuba la explore sendiri. Kalau aku nak terang satu2 sampai Raya Haji taon depan pon tak abis. Senang cerita Picasa ni memang bagus la sebagai altenatif bagi Adobe Photoshop yang mahal giler. Baik aku beli DSLR dari beli benda alah tu.


kthxbai.









This entry was posted on Monday 6 June 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.