Baca Dengan Kuat Lebih Mudah Faham


Salam 1 Malaysia.

Setiap orang ada gaya belajar tersendiri. Ada yang suka membaca sambil dengar muzik. Ada juga yang suka membaca dalam suasana yang senyap sunyi. Yang lagi pelik, ada gak orang yang membaca sambil makan. (Ish ish, sebok membce x prasan lak ade tulang ikan kang). Tapi, adakah gaya2 ni sesuai dengan diri korang? Korang je la tau jawapannya.


Maksud gaya belajar yang sesuai adalah, ia membolehkan kita faham apa yang kita sedang baca atau sedang belajar. Kalau gaya belajar itu menyebabkan kita tidak faham tak pon kurang faham, itu tandanya gaya belajar tu tak berapa sesuai dengan kita.



Ada satu gaya belajar yang efektif dan sesuai diamalkan oleh semua pelajar, iaitu baca kuat2. Selalunya budak2 je yang suka guna cara ni. Remaja dengan orang dewasa pulak lebih selesa membaca dengan senyap. Pada hakikatnya membaca dengan kuat adalah 1 kaedah belajar yang sangat bagus untuk memahami apa yang dibaca.

Sebab apa? Bila kita membaca dengan senyap, minda kita sahaja yang aktif. Tetapi bila kita membaca dengan kuat, minda, mulut, telinga dan juga tangan(kalau kita baca sambil buat isyarat tangan la) menjadi aktif.

Jadi informasi yang kita baca akan jadi lebih senang difahami, diingati dn dihayati. Tambahan pula, cara ni membuatkan kita segar sepanjang proses pembelajaran. Ini berbeza dengan cara membaca secara senyap yang buat kita cepat ngantuk.

This entry was posted on Saturday 11 June 2011 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.