Apa itu Nuffnang?



Salam 1 Malaysia.
Apa itu nuffnang? Mesti ramai antara korang sume tertanya-tanya apa kejadahnya nuffnang ni. Nuffnang bukanlah syarikat pengkilangan kasut mahupun pengkilang dodol perasa strawberry. Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog yang membolehkan para blogger menambahkan pendapatan mereka. Nuffnang juga merupakan komuniti untuk para blogger. Disamping itu, nuffnang ni juga banyak menganjurkan pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan. Sejujurnya aku baru ada beberapa hinggit dalam akaun nuffnang aku. Tapi aku pedulik ape, pasal tujuan sebenar aku beblogging ni nak kasi information berguna kepada korang sume, bukan nak carik duet jer. Kalau korang beblogging ngan niat yang salah x leyh berjaya gak.

Pengiklan nuffnang terdiri daripada syarikat-syarikat besar di Malaysia ataupun di rantau asia seperti Yes, Digi, Papermate, Nippon Paint, dan sebagainya.

Nuffnang ni akan bayar korang setelah duit dalam account nuffnang korang tu melebihi RM50. Fuuhhh! 50 bai banyak tu. Korang boleh cash out korang nyer duit tu dan nuffnang akan membayar korang dengan menghantar cek terus ke rumah.

Nuffnang ni akan bayar korang selepas 60hari daripada akhir bulan tarikh korang mohon. (30 utk ahli Glitterati ataupun aku pgl dye geli tak reti. haha) Cek korang akan di proses dalam masa 3 minggu jer. Tak lama en?

Korang gak boleh tgk analisa blog korang contohnya berapa ramai views, uniques, dan sebagainya. Untuk ahli geli tak reti, korang lak leyh ekses innit, innit ni adalah portal komuniti bagi para blogger yang mendaftar di bawah nuffnang.
Sampai sini sajalah serba sedikit pasal nuffnang ni.
kthxbai. salam

Aku pon x tau pecite ni. =,=" layan je la.

This entry was posted on Friday 10 June 2011 and is filed under ,. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response.

2 Responses to “Apa itu Nuffnang?”

Ken Wooi said...

nuffnang is cool :)

ayep said...

yeah. it's kinda cool right? (: